…::READbetweenTHEline::…

Archive for the ‘Am’ Category

Keratan Berita Harian hari ini menyiarkan filem arahan Suhaimi Baba 1957 Hati Malaya telah memenangi 2 trofi setelah gagal memenangi Trofi filem asia terbaik 2007.

Berikut adalah Keratan berita tersebut:

Hati Malaya menang dua trofi

Oleh Zul Husni Abdul Hamid dan Serimah Mohd Sallehuddin

Sunday In Kigali dari Kanada arahan Robert Favreo filem terbaik keseluruhan KLIFF 2007

KUALA LUMPUR: Meskipun gagal meraih trofi Filem Asia Terbaik, filem 1957: Hati Malaya tidak menghampakan negara apabila memenangi dua trofi pada kemuncak Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF) 2007, malam tadi.

Filem arahan pengarah berwibawa, Shuhaimi Baba yang berkisar perjuangan pemimpin negara menuntut kemerdekaan daripada British itu memenangi trofi Penataan Bunyi Terbaik dan Anugerah Khas Juri.
Filem itu bagaimanapun tewas kepada filem One Summer With You dari China untuk Filem Asia Terbaik.

Acara penutup KLIFF 2007 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi menyaksikan kehebatan produksi Sunday In Kigali dari Kanada apabila memenangi tiga trofi termasuk Filem Keseluruhan Terbaik.

Kemenangan itu melayakkan filem arahan Robert Favreo itu membawa pulang wang tunai RM33,590 (AS$10,000) serta trofi.

Hadiah disampaikan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Sunday In Kigali juga membolot kemenangan untuk kategori Filem Amerika Utara Terbaik dan Aktres Terbaik menerusi kejayaan Fatou N’Daiye.

Sementara itu, filem The Struggle for Liberation dari Namibia cemerlang dengan tiga pengiktirafan iaitu Pengarah Terbaik menerusi kemenangan Charles Burnett serta Filem Afrika Terbaik.

Filem itu juga meraih kemenangan untuk kategori Penataan Muzik Terbaik.

Filem Tehilim dari Perancis pula membolot dua kemenangan iaitu Filem Eropah Terbaik dan Anugerah Khas Juri.

Filem Amerika Selatan Terbaik pula menjadi milik produksi Venezuela, Cyrano Fernandez.

KLIFF 2007 juga menyerlahkan nama pelakon dari Mesir, Adel Iman apabila dinobatkan Aktor Terbaik menerusi filem The Yacoubian Building.

Turut meraih kejayaan adalah filem American Fork dari Amerika Syarikat yang memenangi Lakon Layar Terbaik, manakala filem Brazil, Not By Chance diumumkan pemenang Sinematografi Terbaik.

Satu lagi Anugerah Khas Juri diberikan kepada filem Hollywood, Transformers atas sumbangan kepada kesan khas serta pembangunan seni dan sinema.

KLIFF 2007 dianjurkan bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Kuala Lumpur International Film Festival Sdn Bhd dan mendapat sokongan KeKKWa serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Acara yang bertemakan Meraikan Kepelbagaian Budaya itu bermula Rabu lalu dan menutup tirainya malam tadi dengan acara gemilang yang dihadiri penggiat seni tempatan serta antarabangsa.

Sebanyak 168 filem daripada Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Eropah menyertai festival ini yang mempertandingkan pelbagai kategori termasuk Filem Cereka, Filem Pendek, Animasi dan Dokumentari

Masih ingat kah kalian tentang entri blog ku yang lepas tentang sejarah yang silap…aku telah menyatakan bahawa terdapat sejarah yang kita hilang dari pandangan kita.

Dokumentari sejarah nukilan Fahmi Reza telah membuka mata ku mengenai sejarah2 kita yang hilang dari buku2

Dengan menangnya filem diatas, adakah ini bemaksud seluruh rakyat Malaysia telah tertipu dengan fakta2 yang tertulis di dalam buku sejarah yang kita pelajari..???

Sama-sama kita fikirkan..

Advertisements

Hari ini tanggal 17-11-2007 bermula lah cuti persekolahan bagi budak2 sekolah rendah dan menengah kecuali yang sedan menjalani peperiksaan SPM. Mereka terpaksa berjuang dengan pena demi bangsa dan negara yang tercinta…

 Adik2 ku semuanya pulang ke rumah kecuali adik ku yang no.2, yang sedang menjalani peperiksaan SPM di Maktab Rendah Sains MARA PDRM Kulim. Setakat hari ini beliau sempat menghabiskan sebanyak 5 subjek, hany lagi 5 subjek yang perlu di habisakn..Semoga berjaya bagi pelajar2 tingkatan 5, semoga kejayaan menanti anda semua di pengakhiran…cewah..ayat nak pom…

Pada petang tadi, aku berkesempatan untuk mengambil adik perempuan ku yang sedang berjuang di SMKA Raja Perempuan Ta’yah Ipoh, sebuah sekolah agama yang hanya di huni oleh pelajar perempuan sahaja. Harapan aku supaya adik perempuan sulung ku ini menjadi insan yang bebas dari gejala sosial, tidak seperti abangnya ini..Sekarang dia dalam Tingkatan Satu lagi…

sekolah-6.jpg

Dalam perjalanan pulang, ayah ku meminta ku untuk membawa kereta dari pekan Jelapang sampai ke rumah. Singgah sebentar di pekan Chemor untuk mengambil adik lelaki ku yang pulang dari SMK Clifford K.K.

Sampai di rumah, selepas sembahyang asar, aku terus menyantas rumput2 yang sedang subur menghijau di halaman rumah kami..

Itu sahaja untuk hari ini haha…Sungguh membosan kan untuk kehidupan yang membosankan bagi seorang membosankan..haha..

‘Hah..??? Betol ke nie???’ ‘Mane dapat nie??’

Itu lah yang keluar dari mulut ku setelah ku menonton dokumentari ’10 Tahun Sebelum Merdeka’ yang di ‘karang’ oleh Fahmi Reza.

Setelah ku meniliti btul2 kesahihan video itu, maka sah lah bahawa dokumentari ini bukan di reka2. Yang menariknya, sejarah ini tidak langsung keluar di dalam kitab sejarah tingkatan 5 yang telah di tapis oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada pandangan ku, sejarah ini merupakan entri yang begitu penting bagi rakyat Malaysia untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku 10 tahun sebelum negara kita menyambut kemerdekaan.

Adakah benar PArti2 Kemerdekaan dahulu memperjuangkan hak2 orang melayu..??

Adakah benar PERLEMBAGAAN RAKYAT menindas penduduk Melayu di TANAH MELAYU..???

Sama-samalah kita renungkan…

HOHOHO…ari nie baru shaja aku menyelesaikan masalh yang lama tidak di selesaikan…Menjalani ujian JPJ untuk motor B2 hehe…setelah sekian lama lesen L kepunyaan aku di perap di dalam wallet Ex-Treme berwarna Hitam yang ku beli di kedai Ex-Treme berlokasi di Time Square…hehe

Alhamdulillah aku berjaya lulus kesemua ujian yang di sediakan. Tahniah di ucapkan kepada diri ku.

The best part is…aku nye lesen tu 17-11-2007 tamat nye…Baru ari ni aku ambil test…dengan syarat 10 jam nye aku tidak penuhi, latihan baru ku datang sekali, terpaksa aku ulangi ceremah selama 6 jam…ini la akibatnye…sikap seorang ‘procastinate’.

JPJLesen LBukan Lesen aKU..!!!!

Tapi aku ada alasan yang munasabah, aku mula mewujudkan lesen ku ini pada akhir tahun 2005. Selapas peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Ingatkan nak teruskan dengan ujian JPJ tetapi aku tidak mempunyai masa yang mencukupi. So aku tangguh kan la…

Selepas itu, selepas SPM, dalam fikiran ku nak teruskan ujian..tetapi aku ditawarkan untuk meneruskan pengajian ku ke UiTM Shah Alam dibawah program Skim Pelajar Cemerlang MARA. Aku terpaksa masuk sebelum Keputusan SPm keluar iaitu dalam bulan 1. Maka tertangguh lagi niat ku…

Sekarang aku terpaksa menjalani semua kesusahan yang aku tidak sepatutnye lalui..hahaha… xpe la dah ujian Allah S.W.T

Assalamualikum dan selamat sejahtera…

hello

Selamat datang ke blog kepunyaan ku yang tidak seberapa ini. Diharap kan anda semua berpuashati dengan isi kandungan blog ku yang membosankan ini. Jangan segan2 memberikan komen..!!!

A symbol



  • Tiada
  • usop: 2 pn nk habaq ka..
  • al_insan: assalamualaikum akhi,
  • enon: pikol,those songs are rox!! mmg besh r lgu2 tu..

Kategori