…::READbetweenTHEline::…

>>Kehilangan<<

Posted on: Disember 8, 2007

Post ni aku nak mnyatakan perasaan ku semasa kehilangan talifon bimbit ku yang ku sayangi..Sony Ericsson model K618i..Pada waktu itu aku sedang berehat sembahyang zohor di surau Pekan tasek.

Aku letakkan ia didalam kocek seluar ku dan lipat di tepi tiang di belakang tempat ku sembahyang, pada waktu itu aku tak sedar yang ada makhluk-makhluk yang sedang berpura2 sembahyang dibelakang. Kebanyakannya adalah budak2 kecil..Setelah selesai menunaikan kewajipan aku sebagai orang islam, aku pakai seluar ku dan mendapati talifon ku dan wang sebanyak RM10 hilang..syukur kerana mereka tidak dapat mengesan sejumlah wang yang besar di sebalik “wallet” ku.

Pada waktu itu, terdapat 2 orang lagi yang mengalami nasib yang sama dengan ku..ada seorang pakcik mengatakan terdapat sekumpulan budak kecil dalam lingkungan 10-13 tahun sedang sembahyang selepas rakaat pertama dan menghilang sebelum salam pertama..aku dah mengesyaki mereka..yang sedihnya..mereka mengabaikan kewajipan mereka sebagai orang islam..dan yang menyakitkan hati adalah ‘kepala’ mereka adalah seorang remaja..perkara ini tidak dapat di buktikan kerana kekurangan bukti yang konkrit..

Dalam hatiku sudan timbul perasaan ingin membelasah orang..”kalau aku dapat toyol2 tu aku bwak dorang jmpe mak bapak sorang belasah depan mereka..baru tau sapa anak mereka sebenarnya” tapi apa kan daya…

aku pulang dari kerja dengan tangan yang kosong..kita bersusah payah mencari duit..dia senang2 “mengambil duit”…

Tapi semua itu ada hikmah nya..kita hanya perlu berdoa kepada Yang Maha Kuasa supaya di berikan kekuatan. Amin…

LAHANAT DUNIA AKHIRAT KEPADA ORANG YANG MENGANIYA ORANG LAIN!!!!

3 Respons to ">>Kehilangan<<"

Wahaha kita memang senasib kan?nanti kalau aku ada hilang apa-apa, aku bagitau kau agar kau pun hilang sekali.

Takziah.
Aku dah hilang telefon bimbit lima kali.
Dah faham sangat sakitnya ulu hati itu.
Haha.

terima kaseh kerrana memahami tidak seperti apong

Tinggalkan Jawapan kepada mohdsyafiqulislam Batal balasan


  • Tiada
  • usop: 2 pn nk habaq ka..
  • al_insan: assalamualaikum akhi,
  • enon: pikol,those songs are rox!! mmg besh r lgu2 tu..

Kategori