…::READbetweenTHEline::…

Archive for November 2007

Elisebelle Tears merupakan salah satu band independent dari Malaysia lbh specific dari ipoh Perak, jikalau tidak silap aku.

Genre yang di bawa oleh band ini ialah Emo, lbh kpd rock. Band ini tidak di comercial kan di pasaran oleh kerana muzik mereka tidak sesuai dengan para pendengar kita yang lebih kepada music2 mainstream.

Tidak banyak maklumat yang aku dapat tentang band ni, sebab mereka tidak mempunyai laman web mereka sendiri.

Lagu yang aku rekemen kn kat korang ialah “Love Create Emotion” n “Tears Of Blood”.

Nama lagu pn dah cm tu…hehe..pape pon njOy…

s_7833233e019f8d0c8ed97ca2c3b435cd.jpg

http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendID=1793936

Advertisements

Hari ini tanggal 17-11-2007 bermula lah cuti persekolahan bagi budak2 sekolah rendah dan menengah kecuali yang sedan menjalani peperiksaan SPM. Mereka terpaksa berjuang dengan pena demi bangsa dan negara yang tercinta…

 Adik2 ku semuanya pulang ke rumah kecuali adik ku yang no.2, yang sedang menjalani peperiksaan SPM di Maktab Rendah Sains MARA PDRM Kulim. Setakat hari ini beliau sempat menghabiskan sebanyak 5 subjek, hany lagi 5 subjek yang perlu di habisakn..Semoga berjaya bagi pelajar2 tingkatan 5, semoga kejayaan menanti anda semua di pengakhiran…cewah..ayat nak pom…

Pada petang tadi, aku berkesempatan untuk mengambil adik perempuan ku yang sedang berjuang di SMKA Raja Perempuan Ta’yah Ipoh, sebuah sekolah agama yang hanya di huni oleh pelajar perempuan sahaja. Harapan aku supaya adik perempuan sulung ku ini menjadi insan yang bebas dari gejala sosial, tidak seperti abangnya ini..Sekarang dia dalam Tingkatan Satu lagi…

sekolah-6.jpg

Dalam perjalanan pulang, ayah ku meminta ku untuk membawa kereta dari pekan Jelapang sampai ke rumah. Singgah sebentar di pekan Chemor untuk mengambil adik lelaki ku yang pulang dari SMK Clifford K.K.

Sampai di rumah, selepas sembahyang asar, aku terus menyantas rumput2 yang sedang subur menghijau di halaman rumah kami..

Itu sahaja untuk hari ini haha…Sungguh membosan kan untuk kehidupan yang membosankan bagi seorang membosankan..haha..

‘Hah..??? Betol ke nie???’ ‘Mane dapat nie??’

Itu lah yang keluar dari mulut ku setelah ku menonton dokumentari ’10 Tahun Sebelum Merdeka’ yang di ‘karang’ oleh Fahmi Reza.

Setelah ku meniliti btul2 kesahihan video itu, maka sah lah bahawa dokumentari ini bukan di reka2. Yang menariknya, sejarah ini tidak langsung keluar di dalam kitab sejarah tingkatan 5 yang telah di tapis oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada pandangan ku, sejarah ini merupakan entri yang begitu penting bagi rakyat Malaysia untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku 10 tahun sebelum negara kita menyambut kemerdekaan.

Adakah benar PArti2 Kemerdekaan dahulu memperjuangkan hak2 orang melayu..??

Adakah benar PERLEMBAGAAN RAKYAT menindas penduduk Melayu di TANAH MELAYU..???

Sama-samalah kita renungkan…

Nyjah HoustonNyjah Houston

Nyjah Houston..Siapa yang tidak mengenali skateboarder mude kite ini..Beliau menjinak kan diri didalam sukan ini sejak berumur 5 tahun dan menjadi seorang PRO di umur 10 tahun…Tony Hawk sendiri menjadi PRO sewaktu berumur 14 tahun..

Sudah banyak trophy2 yang di menangi nya. Yang paling membanggakan beliau ialah sewaktu memenangi tempat ke-2 didalm GLOBE SKATE COMP. 

Beliau merupakan salah seorang daripada pasukan ELEMENT SKATEBOARD TEAM, salah satu pasukan gergasi skateboard selain GLOBE SKATE TEAM, BLIND SKATE TEAM, dan lain2.

Skate Nyjah HoustonSkate Nyjah Houston

Sejak dari itu beliau telah memenangi berbagai2 pingat didalam berbagai tournament yang melibatkan ‘pro skater’ seperti Rodney Mullen, dan lain2 lagi

 hehe…dulu aku juga ada menyimpan cita2 untuk menjadi seorang skater..tetapi impian aku tinggal impian sahaja. Deck aku sudah ber habuk, kaki aku da keras, skill aku da tak smooth…hehe..tetapi minat aku tetap mendalam..

]

Semalam aku membaca akhbar berita harian. Di bahagian sukan aku tertarik dengan ‘statement’ mengatakan kementerian sukan tidak meletakkan sasaran yang tinggi kepada pasukan hoki malaysia berikutan perlawanan yang bakal di hadapi.

Hoki

Tiada sasaran tinggi untuk anak buah Sarjit

Oleh Hamdan Saaid

PENGENDALI skuad negara Sarjit Singh pasti lega mendengar perkhabaran terbaru betapa Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) tidak melontarkan tekanan terhadap pasukannya untuk mencatat kejayaan gemilang pada Trofi Juara-Juara di Kuala Lumpur dari 29 November hingga 9 Disember ini.

Tiada sasaran realistik mahupun tinggi diletakkan PHM menerusi Presiden Tan Sri Mohd Anwar Mohd Noor pada sidang akhbar mengumumkan senarai penaja serta pelancaran laman web rasmi kejohanan semalam, sebaliknya sekadar mahu pemain memberikan yang terbaik.

“Kami tidak mahu meletakkan sebarang sasaran. Anda pun tahu pasukan ini berdepan tujuh pasukan terkuat dunia. Kami hanya mahu mereka (pemain) beraksi dengan bersungguh-sungguh dan jurulatih dapat meraih beberapa taktik lawan sebelum pasukan ini beraksi pada kelayakan Sukan Olimpik di Jepun tahun depan.

 

“Namun kami terkejut kerana tahun ini mereka meraih kedudukan naib juara pada Piala Sultan Azlan Shah dan gangsa pada Piala Asia,” kata Anwar selepas melancarkan laman web rasmi kejohanan – http://www.championstrophy2007.com.

Sayangnya, sasaran Sarjit sebelum ini dilihat lebih tinggi dan realistik daripada pemimpin tertinggi sukan itu.

Sarjit, yang bermain ketika Malaysia menjadi tuan rumah Trofi Juara-Juara 1993 dan menduduki tangga tercorot (tempat keenam), tidak mahu melihat anak buahnya menghuni tangga terakhir sebaliknya mengintai sekurang-kurangnya tangga kelima.

Bagi ku inilah yang sepatutnya di lakukan oleh Malaysia sejak dahulu lagi. Pasukan sukan Malaysia tidak patut ditekan sama sekali dengan meletakkan harapan yang tinggi dan mengungkit menganai perbelanjaan atau pun kesalahan2 yang dilakukan oleh mereka.

sekian

maju lah sukan untuk negara

 

HOHOHO…ari nie baru shaja aku menyelesaikan masalh yang lama tidak di selesaikan…Menjalani ujian JPJ untuk motor B2 hehe…setelah sekian lama lesen L kepunyaan aku di perap di dalam wallet Ex-Treme berwarna Hitam yang ku beli di kedai Ex-Treme berlokasi di Time Square…hehe

Alhamdulillah aku berjaya lulus kesemua ujian yang di sediakan. Tahniah di ucapkan kepada diri ku.

The best part is…aku nye lesen tu 17-11-2007 tamat nye…Baru ari ni aku ambil test…dengan syarat 10 jam nye aku tidak penuhi, latihan baru ku datang sekali, terpaksa aku ulangi ceremah selama 6 jam…ini la akibatnye…sikap seorang ‘procastinate’.

JPJLesen LBukan Lesen aKU..!!!!

Tapi aku ada alasan yang munasabah, aku mula mewujudkan lesen ku ini pada akhir tahun 2005. Selapas peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Ingatkan nak teruskan dengan ujian JPJ tetapi aku tidak mempunyai masa yang mencukupi. So aku tangguh kan la…

Selepas itu, selepas SPM, dalam fikiran ku nak teruskan ujian..tetapi aku ditawarkan untuk meneruskan pengajian ku ke UiTM Shah Alam dibawah program Skim Pelajar Cemerlang MARA. Aku terpaksa masuk sebelum Keputusan SPm keluar iaitu dalam bulan 1. Maka tertangguh lagi niat ku…

Sekarang aku terpaksa menjalani semua kesusahan yang aku tidak sepatutnye lalui..hahaha… xpe la dah ujian Allah S.W.T

Rise Against merupakan sekumpulan ahli music atau band luar negara. Bukan bermaksud “bangun Menentang” hehe..

Aku menemui band ini sewaktu aku sedang berehat didalam bilik sambil membelek2 PSP kepunyaan adik sedara aku. (Bukan aku punyer!) Selain bole bermain game, PSP juga ada music player dan web browser. Camera juga boleh Di ‘plug in’ kan. Image and video player juga ada didalam spesifikasi PSP. Bukannye aku nak bercerita tentang PSP itu, aku nak cerita macam mana aku boleh menemui band ini.

Rise Against

Sedang aku membelek2, aku explore kandungan music player, seperti biasa aku menemui lagu2 yang sudah biasa ku dengar di corong2 radio dan MP3 player.

Aku terhenti sejenak bile aku terbaca nama lagu ini ‘Give It All’, by Rise Against. Aku ‘play’ lagu tersebut, ternyata ia berjaya menarik minat aku yang meminati music underground ini.

Rise Agianst

Keesokan harinya aku melayari internet untuk ‘search’ lagu tersebut. Lagu2 seperti ‘Give It All’, ‘Ready To Fall’, dan ‘Roadside’ menarik sekali. Ia menepati citarasa aku.

Disini aku mengsyorkan lagu ‘Prayer Of The Refugee’ Diharap kan anda semua ‘enjoy’ dengan lagu ini. hehehehehe…..



  • Tiada
  • usop: 2 pn nk habaq ka..
  • al_insan: assalamualaikum akhi,
  • enon: pikol,those songs are rox!! mmg besh r lgu2 tu..

Kategori