Posted by: mohdsyafiqulislam on: Disember 23, 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucap kan..
Kali ni ak post benda yg sama..meminta kemaafan dari kalian pembaca kerana tidak selalu update..
Akan ku cuba pertingkat kan komitmen ku di masa akan datang..
Salam..
Posted by: mohdsyafiqulislam on: Ogos 23, 2008
Today i want to tell about a band that attract my heart in music..AIDEN..thats the name of the band..
Well for some people that hate emo band..i just write thi post to tell you guys that their song are not pretty bad at all..not like other emo band..these guys can sing well..
Mereka sangat pandai mereka lagu dari skop love song..they are pretty good in it..
I Propossed to all my readers(if any) to listen ti these song..’die romantic’ ‘one love’ ‘we sleep forever’
ENJOY!! =)

AIDEN
Posted by: mohdsyafiqulislam on: Ogos 20, 2008
What is love actually..can u guys give any description to this abstract word…well..i don’t know actually…
But for me the greatest love is the love that ALLAh gave to us..to every single person in this world…
But my point here is..what is love mean to the human being..
Well i like to stress out my opinion bout love…
Cinta ini sesuatu yang kompleks jika hendak kita explain in detail…but do we need love actually..for me it just enough that the person the we ‘like’ to care about our existence in his or her life..bagi ku..amatlah perit jika seseorang tu abaikan kehadiran kita jika si dia telah mendapat kawan yang baru..
waktu dulu..selalu bertanya khabar..minta nasihat..minta tolong jika dalam kesusahan…tp….sekarang setelah mendapat kawan atau teman yang baru..yg lebih hebat..lebih tua..lebih matang..lebih lawa\handsome\cute..kita yg di sini di tinggalakn. Dah macam habuk je bg dye…ada x pe..x de pon x pe…lebih memeritkan jika dia anggapkita ni sebagai penyibuk je dalam hidup dye..very sad..cut through the heart..Yang kita ni..nak cakap salah..x cakap pon salah..nak memberitahu hal yg sebenarnya…
Itu love dari scope kawan…
Kalau dari segi percintaan? Bagi ku..x perlu dalam hidup ni…bukan x perlu langsung..this kind of love is optional to us..but for some people this love is very important to them..because the love that they get from their parents or siblings have been neglected..they need love from someone else..
From there they tend to find someone that can make them feel more comfortable..seseorang yang boleh mendengar bila di perlukan..seseorang yang boleh menemani bila di perlukan..seseorang yang boleh berada di sisi selalu..TAPI..
Jika cinta ini tidak di kawal akan memakan diri..ingat nafsu akan merajai hati jika kita punya iman tidak teguh…didalam wanita ada 9 nafsu..walhal lelaki ada 1 nafsu sahaja..benar 1 sahaja..tetapi 1 nafsu tersebut hanyalah terhadap WANITA..disini saya ingin memberi peringatan azab ALLAH amat lah pedih skali..telah disebutkan dalam AL-QURAN..sekecil2 dosa didunia akan dibalas dengan memakai kasut tembaga yang datang nya dari neraka yang paling rendah darjatnya..pabila di pakai kasut itu di kaki..otak dalam kepala kita akan menggelagak..itu baru dosa yang paling kecil..ZINA? dosa besar atau kecil??
Anda fikir lah sendiri..
Cont with the topic…
Well..love is not everything..just like money..money is not everything..yet money can’t buy ‘true’ love..kalau dah putus tu jangan la frust..ingat la kepada mak dan ayah..apakah tujuan nya our parents send us to school or university..is it to find the love of our life..?? COMMON MAN!!! Don’t be naive..there is a lot more things to do when we are in this age…Hangout with friends..Enjoy the life..Tengok wayang..
cube kalau dah berpasangan..nak buat sume benda kena beritahu si dia..kalau tak merajuk..kalau dah kerajuk kena la pujuk..DAMN!! WASTING YOUR TIME MAN..can’t you see…kan bagus kalau perasaan cinta tu kita simpan dulu sampai kita dah habis belaja..for me when we keep the feeling to long..untill the right time..our heart will explode..that is the right time to express our feelings to our love one because..it will be a suprise to them…our parents will not ‘kacau line’ during the time..because we are big enough to take care of our self..
Just think about that my friends…
Posted by: mohdsyafiqulislam on: Ogos 18, 2008
Kepada semua pemabaca blog ku…aku meminta maaf kerana sudah lama tidak menulis sebarang entri.
akan tetapi hari ini akan aku mulakn dengan entri yg baru…
Tajuk kali ni..saya tidak tahu ingin memberi tajuk apa..anda semua berilah tajuk yg sesuai =)
Saya ingin menceritakan tentang kehidupan..apakah kehidupan? Apakah tujuan kita hidup? Kenapa Kita hidup? Semua tu saya pasti kalian ada jawapan yg tersendiri..
Dari segi agama tidak di sangkal lagi..kehidupan yg deberi oleh tuhan yg MAHA KUASA ini adalah dengan tujuan untuk kita mengabdikan diri kita kepada NYA..
Kali ini saya ingin memberikan pandangan dari sudut duniawi..Bukan saya ini sudah sesat..tetapi ingin menceritakan apa yg telah saya lihat dan perhati selama ini..
Dunia sekarang…cuba kalian lihat..semakin hari semakin corrupt..ada sahaja yg tidak kena dengan perkembangan zaman..minyak naik x kena..Dato’ Anuar ingin bertanding ada ygx kena..UiTM di cadang kan di beri pembukaan kepada NON bumi x kena..seorang gadis berkawan ngan lelaki x kena..Lelaki nak berkawan ngan perempuan pon x kena..Nak bergaya siket x kena..nak melawa siket pon owg tegur..macam2 hal..
Jika perbuatan tersebut tidak releven semestinya ada yg tidak kena..tetapi tidak perlulah di tentang dengan cara yang agrresive..cuba di bawa berbincang
Kenapa kehidupan di dunia yang sementara ini memerlukan keganasan..kenapa di dunia ini memerlukan keaiban..kenapa semua itu di lakukan untuk membantah atau menentang seseorang..
KENAPA?
Ada pula hamba Allah ini melakukan sebaliknya..jika beliau tidak merasa berpuas hati akan seseorang atau sesuatu..dia akan menyimpan nya dalam hati..kakadang perbuatan ini bagus..tetapi how long will it take??
Kehidupan di dunia ini penuh dengan misteri..ada yg percaya dengan hantu..ada yang tidak..bagi saya saya hanya percaya dengan benda2 ghaib seperti jin, malaikat, syurga, pahala..ada sesetengah berkata see it to believe it..saya tida bersetuju bagaimana kita nak melihat ALLAH, tuhan kita..selagi kita tidak nampak selagi tu tidak percaya? Begitu?
Kehidupan juga memerlukan perasaan cinta dan kasih sayang..sebab itulah ALLAH jadikan makhluk di dunia ini berpasangan..tetapi adakah skop cinta ini hanyalah dengan fokus kepada Lelaki dan Wanita? Bagaiman pula perasaan cinta kita kepada ibu dan bapa? kepada Rasulullah? Kepada Allah? Cinta kepada Allah adalah cinta yg sejati..Saya hairan kenapa seseorang sanggup mati kerana cinta duniawi nya di tolak..kenapa perlu berbuat begitu?? GET REAL MAN!! There are a lot boys and girls out there that waiting for you to be their lover..Common, get a grip mate!
How about music? Does live needs a music? Muzik memrupakan sesuatu yang indah dan harmoni..In this world everyone needs music rite? Muzik dapat mencegah peperangan seperti yang di lakukan oleh BOB MARLEY dan MICHEL JACKSON(correct me if i’m wrong) dalam islam muzik di kategorikan dalam skop hiburan..islam menyarankan agar hiburan hendak lah tidak melampau..Yet still there are music in it…My points music can make u guys feel comfort..feel energetic..feel powerful..feel sad..feel lonely..feel happy..feel want to scream..muzik memboleh kan anda semua BERKUASA…
In life also, we must take a look at each other..jaga kawan sendiri..jaga bangsa sendiri..peptah mengatakan jangan jaga tepi kain orang atau Mind Your Own Business hendaklah di jauhi..semua orang memerlukan seseorang sebagai kawan yang dapat menemani tatkala kita memerlukan..tidak kira lelaki atau pon wanita..
Last word..Live life to the fullest..Remember GOD..
Posted by: mohdsyafiqulislam on: Februari 20, 2008
………
Sudah terlalu lama aku tidak update blog ku yang tidak menarik ni…Sorry….Kali ini aku tidak mempunyai alasan..malas barangkali..
Aku akan mencuba yang terbaik untik para pembaca blog sekalian.
Posted by: mohdsyafiqulislam on: Disember 14, 2007
Sejak Handphone aku hilang, aku sudah hilang semangat untuk menulis lagi. Tetapi aku tetap meneruskan penulisan.
Nasib ku sama dengan Nizam, tidak mempunyai masa yang cukup. Ini adalah diakibatkan oleh pekerjaan ku.
Ku bermula kerja ku seawal jam 8 pagi dan berakhir selewat 6 petang. Pulang sahaja diruma, selasia makan dan solat Maghrib aku terus tidur sehingga jam 10-11 malam.
Aku bangun dan menunaikan solat Isya’ dan sambung proses Hibernasi aku sehingga keesokan paginya…
Kemaafan ku pinta dari pembaca blog ini (jika ada) atas kelesuan blog ku ini.
Sekian wasalam.
Posted by: mohdsyafiqulislam on: Disember 8, 2007
Post ni aku nak mnyatakan perasaan ku semasa kehilangan talifon bimbit ku yang ku sayangi..Sony Ericsson model K618i..Pada waktu itu aku sedang berehat sembahyang zohor di surau Pekan tasek.
Aku letakkan ia didalam kocek seluar ku dan lipat di tepi tiang di belakang tempat ku sembahyang, pada waktu itu aku tak sedar yang ada makhluk-makhluk yang sedang berpura2 sembahyang dibelakang. Kebanyakannya adalah budak2 kecil..Setelah selesai menunaikan kewajipan aku sebagai orang islam, aku pakai seluar ku dan mendapati talifon ku dan wang sebanyak RM10 hilang..syukur kerana mereka tidak dapat mengesan sejumlah wang yang besar di sebalik “wallet” ku.
Pada waktu itu, terdapat 2 orang lagi yang mengalami nasib yang sama dengan ku..ada seorang pakcik mengatakan terdapat sekumpulan budak kecil dalam lingkungan 10-13 tahun sedang sembahyang selepas rakaat pertama dan menghilang sebelum salam pertama..aku dah mengesyaki mereka..yang sedihnya..mereka mengabaikan kewajipan mereka sebagai orang islam..dan yang menyakitkan hati adalah ‘kepala’ mereka adalah seorang remaja..perkara ini tidak dapat di buktikan kerana kekurangan bukti yang konkrit..
Dalam hatiku sudan timbul perasaan ingin membelasah orang..”kalau aku dapat toyol2 tu aku bwak dorang jmpe mak bapak sorang belasah depan mereka..baru tau sapa anak mereka sebenarnya” tapi apa kan daya…
aku pulang dari kerja dengan tangan yang kosong..kita bersusah payah mencari duit..dia senang2 “mengambil duit”…
Tapi semua itu ada hikmah nya..kita hanya perlu berdoa kepada Yang Maha Kuasa supaya di berikan kekuatan. Amin…
LAHANAT DUNIA AKHIRAT KEPADA ORANG YANG MENGANIYA ORANG LAIN!!!!
Posted by: mohdsyafiqulislam on: Disember 3, 2007
Keratan Berita Harian hari ini menyiarkan filem arahan Suhaimi Baba 1957 Hati Malaya telah memenangi 2 trofi setelah gagal memenangi Trofi filem asia terbaik 2007.
Berikut adalah Keratan berita tersebut:
Hati Malaya menang dua trofi
Oleh Zul Husni Abdul Hamid dan Serimah Mohd Sallehuddin
Sunday In Kigali dari Kanada arahan Robert Favreo filem terbaik keseluruhan KLIFF 2007
KUALA LUMPUR: Meskipun gagal meraih trofi Filem Asia Terbaik, filem 1957: Hati Malaya tidak menghampakan negara apabila memenangi dua trofi pada kemuncak Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF) 2007, malam tadi.
Filem arahan pengarah berwibawa, Shuhaimi Baba yang berkisar perjuangan pemimpin negara menuntut kemerdekaan daripada British itu memenangi trofi Penataan Bunyi Terbaik dan Anugerah Khas Juri.
Filem itu bagaimanapun tewas kepada filem One Summer With You dari China untuk Filem Asia Terbaik.Acara penutup KLIFF 2007 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi menyaksikan kehebatan produksi Sunday In Kigali dari Kanada apabila memenangi tiga trofi termasuk Filem Keseluruhan Terbaik.
Kemenangan itu melayakkan filem arahan Robert Favreo itu membawa pulang wang tunai RM33,590 (AS$10,000) serta trofi.
Hadiah disampaikan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Sunday In Kigali juga membolot kemenangan untuk kategori Filem Amerika Utara Terbaik dan Aktres Terbaik menerusi kejayaan Fatou N’Daiye.
Sementara itu, filem The Struggle for Liberation dari Namibia cemerlang dengan tiga pengiktirafan iaitu Pengarah Terbaik menerusi kemenangan Charles Burnett serta Filem Afrika Terbaik.
Filem itu juga meraih kemenangan untuk kategori Penataan Muzik Terbaik.
Filem Tehilim dari Perancis pula membolot dua kemenangan iaitu Filem Eropah Terbaik dan Anugerah Khas Juri.
Filem Amerika Selatan Terbaik pula menjadi milik produksi Venezuela, Cyrano Fernandez.
KLIFF 2007 juga menyerlahkan nama pelakon dari Mesir, Adel Iman apabila dinobatkan Aktor Terbaik menerusi filem The Yacoubian Building.
Turut meraih kejayaan adalah filem American Fork dari Amerika Syarikat yang memenangi Lakon Layar Terbaik, manakala filem Brazil, Not By Chance diumumkan pemenang Sinematografi Terbaik.
Satu lagi Anugerah Khas Juri diberikan kepada filem Hollywood, Transformers atas sumbangan kepada kesan khas serta pembangunan seni dan sinema.
KLIFF 2007 dianjurkan bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Kuala Lumpur International Film Festival Sdn Bhd dan mendapat sokongan KeKKWa serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Acara yang bertemakan Meraikan Kepelbagaian Budaya itu bermula Rabu lalu dan menutup tirainya malam tadi dengan acara gemilang yang dihadiri penggiat seni tempatan serta antarabangsa.
Sebanyak 168 filem daripada Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Eropah menyertai festival ini yang mempertandingkan pelbagai kategori termasuk Filem Cereka, Filem Pendek, Animasi dan Dokumentari
Masih ingat kah kalian tentang entri blog ku yang lepas tentang sejarah yang silap…aku telah menyatakan bahawa terdapat sejarah yang kita hilang dari pandangan kita.
Dokumentari sejarah nukilan Fahmi Reza telah membuka mata ku mengenai sejarah2 kita yang hilang dari buku2
Dengan menangnya filem diatas, adakah ini bemaksud seluruh rakyat Malaysia telah tertipu dengan fakta2 yang tertulis di dalam buku sejarah yang kita pelajari..???
Sama-sama kita fikirkan..
Posted by: mohdsyafiqulislam on: Disember 2, 2007
![]()
![]()
Pertandingan Debat Diraja merupakan pertangdingan debvat yang paling berprestij kerana ia mempertandingan piala Yamg Dipertuan Agong. Pada tahun ini pertandingan ini telah berlangsung di Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) pada 23.11.2007 sehingga 29.11.2007
Aku telah di ajak oleh rakan seperjuangan ku, Nizam untuk menjadi komuti pertandingan ini, tanpa segan dan silu aku telah menerima pelawaan itu. tugas ku telah bermula pada 23.11 sebagai AJK pendaftaran, aku bertugas di Kolej Melati dimana perkampungan hakim-hakim bertapak. Biasalah, hakim-hakim ini ialah hakim yang telah ditauliahkan oleh Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM), bermacam-macam perangailah yang ku hadapi sewaktu mereka mendaftar penginapan, ada uang mintak air-cond la..ada yang mintak selipar tandas la..ada yang mintak tuala la..ini bukan HOTEL ini HOSTEL..huhu..bersabar je la. Janji aku buat pekerjaan ini dengan ikhlas
![]()
AJK pendaftaran bukan sahaja mengendalikan penginapan, segala masalah penginapan, kunci hilang, salah laku, tempat bertanya semuanya diletakkan di bahu kami
Sehinggalah penyediaan sijil penyertaan, penghargaan dan sijil tahniah, kami yang uruskan. tetapi kami enjoy menjalankan tugas..
![]()
selain penglaman menguruskan pertandingan yang besar seperti ini, aku juga telah berkenalan dengan ramai kawan2 yang sama U tetapi berlainan cawangan. Berbagai ragam manusia aku telah jumap. Dari sekeras2 manusia sehinggalah selembut2 manusia.
Aku juga berpengalaman memasuki ke pejabat Dato’ VC dan Dato’2 TNC kami. Pengalaman yang x dapat kami lupakan.
Pada akhir pertandingan kami telah mengutip bantal2, srung bantal2 dan jga cadar2 yang telah ditinggal kan oleh para pendebat dari berbagai universiti. Penat tetapi seronok, itu lah yang dapat ku tafsirkan dari apa yang ku dapat dari pertandingan ini
Kapada Khairulnizam, aku ucaokan berbanyak terima kasih kerana telah mengundang ku, semoga pertandingan debat yang akan datang kau ajakla aku hehe..
Kepada Idzwan,Azizi,Zaim DAn apong, pengalaman bersama korang x dpt ku lupakn…CEWAH…haha
Posted by: mohdsyafiqulislam on: November 19, 2007
Elisebelle Tears merupakan salah satu band independent dari Malaysia lbh specific dari ipoh Perak, jikalau tidak silap aku.
Genre yang di bawa oleh band ini ialah Emo, lbh kpd rock. Band ini tidak di comercial kan di pasaran oleh kerana muzik mereka tidak sesuai dengan para pendengar kita yang lebih kepada music2 mainstream.
Tidak banyak maklumat yang aku dapat tentang band ni, sebab mereka tidak mempunyai laman web mereka sendiri.
Lagu yang aku rekemen kn kat korang ialah “Love Create Emotion” n “Tears Of Blood”.
Nama lagu pn dah cm tu…hehe..pape pon njOy…
http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendID=1793936